Sejarah Terbentuknya Kerajaan Arab Saudi


English: Muhammed's name (محمد) with Salat phr...

 

Nama Lengkapnya

BELIAU adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab bin
Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin
Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi.

Tempat dan Tarikh Lahirnya

Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115 H (1701
M) di kampung `Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut
kota Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang.

Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia 92
tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku
jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi .

Pendidikan dan Pengalamannya

Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab berkembang dan dibesarkan dalam
kalangan keluarga terpelajar. Ayahnya adalah ketua jabatan agama
setempat. Sedangkan kakeknya adalah seorang qadhi (mufti besar),
tempat di mana masyarakat Najd menanyakan segala sesuatu masalah yang
bersangkutan dengan agama. Oleh karena itu, kita tidaklah hairan
apabila kelak beliau juga menjadi seorang ulama besar seperti
datuknya.

Sebagaimana lazimnya keluarga ulama, maka Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab sejak masih kanak-kanak telah dididik dan ditempa jiwanya
dengan pendidikan agama, yang diajar sendiri oleh ayahnya, Syeikh
`Abdul Wahhab.

Sejak kecil lagi Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab sudah kelihatan
tanda-tanda kecerdasannya. Beliau tidak suka membuang masa dengan sia-
sia seperti kebiasaan tingkah laku kebanyakan kanak-kanak lain yang
sebaya dengannya.

Berkat bimbingan kedua ibu-bapaknya, ditambah dengan kecerdasan otak
dan kerajinannya, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah berjaya
menghafal al-Qur’an 30 juz sebelum berusia sepuluh tahun.

Setelah beliau belajar pada orantuanya tentang beberapa bidang
pengajian dasar yang meliputi bahasa dan agama, beliau diserahkan
oleh ibu-bapaknya kepada para ulama setempat sebelum dikirim oleh ibu-
bapaknya ke luar daerah.

Tentang ketajaman fikirannya, saudaranya Sulaiman bin `Abdul Wahab
pernah menceritakan begini:

“Bahwa ayah mereka, Syeikh `Abdul Wahab merasa sangat kagum atas
kecerdasan Muhammad, padahal ia masih di bawah umur. Beliau berkata:
`Sungguh aku telah banyak mengambil manfaat dari ilmu pengetahuan
anakku Muhammad, terutama di bidang ilmu Fiqh.’ ”

Syeikh Muhammad mempunyai daya kecerdasan dan ingatan yang kuat,
sehingga apa saja yang dipelajarinya dapat difahaminya dengan cepat
sekali, kemudian apa yang telah dihafalnya tidak mudah pula hilang
dalam ingatannya. Demikianlah keadaannya, sehingga kawan-kawan
sepermainannya kagum dan heran kepadanya.

Belajar di Makkah, Madinah dan Basrah

Setelah mencapai usia dewasa, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab diajak
oleh ayahnya untuk bersama-sama pergi ke tanah suci Mekah untuk
menunaikan rukun Islam yang kelima – mengerjakan haji di Baitullah.
Dan manakala telah selesai menunaikan ibadah haji, ayahnya terus
kembali ke kampung halamannya. Adapun Muhammad, ia tidak pulang,
tetapi terus tinggal di Mekah selama beberapa waktu, kemudian
berpindah pula ke Madinah untuk melanjutkan pengajiannya di sana.

Di Madinah, beliau berguru pada dua orang ulama besar dan termasyhur
di waktu itu. Kedua-dua ulama tersebut sangat berjasa dalam membentuk
pemikirannya, yaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif an-Najdi dan
Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi.

Selama berada di Madinah, beliau sangat prihatin menyaksikan ramai
umat Islam setempat maupun penziarah dari luar kota Madinah yang
telah melakukan perbuatan-perbuatan tidak kesyirikan dan tidak
sepatutnya dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Muslim.

Beliau melihat ramai umat yang berziarah ke maqam Nabi mahupun ke
maqam-maqam lainnya untuk memohon syafaat, bahkan meminta sesuatu
hajat pada kuburan mahupun penghuninya, yang mana hal ini sama sekali
tidak dibenarkan oleh agama Islam. Apa yang disaksikannya itu menurut
Syeikh Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenarnya.

Kesemua inilah yang semakin mendorong Syeikh Muhammad untuk lebih
mendalami pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang murni, yakni
Aqidah Salafiyah. Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada dirinya
sendiri, bahwa pada suatu ketika nanti, beliau akan mengadakan
perbaikan (Islah) dan pembaharuan (Tajdid) dalam masalah yang
berkaitan dengan ketauhidan, yaitu mengembalikan aqidah umat kepada
sebersih-bersihnya tauhid yang jauh dari khurafat, tahyul dan bid’ah.
Untuk itu, beliau mesti mendalami benar-benar tentang aqidah ini
melalui kitab-kitab hasil karya ulama-ulama besar di abad-abad yang
silam.

Di antara karya-karya ulama terdahulu yang paling terkesan dalam
jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau
adalah mujaddid besar abad ke 7 Hijriyah yang sangat terkenal.

Demikianlah meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu Taimiyah dalam jiwanya,
sehingga Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab bagaikan duplikat(salinan)
Ibnu Taimiyah. Khususnya dalam aspek ketauhidan, seakan-akan semua
yang diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyah semasa hidupnya yang penuh
ranjau dan tekanan dari pihak berkuasa, semuanya telah ditebus dengan
kejayaan Ibnu `Abdul Wahab yang hidup pada abad ke 12 Hijriyah itu.

Setelah beberapa lama menetap di Mekah dan Madinah, kemudian beliau
berpindah ke Basrah. Di sini beliau bermukim lebih lama, sehingga
banyak ilmu-ilmu yang diperolehinya, terutaman di bidang hadith
danmusthalahnya, fiqh dan usul fiqhnya, gramatika (ilmu qawa’id) dan
tidak ketinggalan pula lughatnya semua.

Lengkaplah sudah ilmu yang diperlukan oleh seorang yang pintar yang
kemudian dikembangkan sendiri melalui metode otodidak (belajar
sendiri) sebagaimana lazimnya para ulama besar Islam mengembangkan
ilmu-ilmunya. Di mana bimbingan guru hanyalah sebagai modal dasar
yang selanjutnya untuk dapat dikembangkan dan digali sendiri oleh
yang bersangkutan.

Mulai Berdakwah

Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab memulai dakwahnya di Basrah, tempat
di mana beliau bermukim untuk menuntut ilmu ketika itu. Akan tetapi
dakwahnya di sana kurang bersinar, karena menemui banyak rintangan
dan halangan dari kalangan para ulama setempat.

Di antara pendukung dakwahnya di kota Basrah ialah seorang ulama yang
bernama Syeikh Muhammad al-Majmu’i. Tetapi Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab bersama pendukungnya mendapat tekanan dan ancaman dari sebagian
ulama yang sesat, yaitu ulama jahat yang memusuhi dakwahnya di sana;
keduanya diancam akan dibunuh. Akhirnya beliau meninggalkan Basrah
dan mengembara ke beberapa negeri Islam untuk menyebarkan ilmu dan
pengalamannya.

Di samping mempelajari keadaan negeri-negeri Islam tetangga, demi
kepentingan dakwahnya di masa akan datang, dan setelah menjelajahi
beberapa negeri Islam, beliau lalu kembali ke al-Ihsa menemui gurunya
Syeikh Abdullah bin `Abd Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa
bidang pengajian tertentu yang selama ini belum sempat didalaminya.

Di sana beliau bermukim untuk beberapa waktu, dan kemudian beliau
kembali ke kampung asalnya ‘Uyainah, tetapi tidak lama kemudian
beliau menyusul orang tuanya yang merupakan bekas ketua jabatan
urusan agama ‘Uyainah ke Haryamla, yaitu suatu tempat di daerah
Uyainah juga.

Adalah dikatakan bahwa di antara orang tua Syeikh Muhammad dan pihak
berkuasa Uyainah berlaku perselisihan pendapat, yang oleh karena
itulah orang tua Syeikh Muhammad terpaksa berhijrah ke Haryamla pada
tahun 1139 H.

Setelah perpindahan ayahnya ke Haryamla kira-kira setahun, barulah
Syeikh Muhammad menyusulnya pada tahun 1140 H. Kemudian, beliau
bersama ayahnya itu mengembangkan ilmu dan mengajar serta berdakwah
selama lebih kurang 13 tahun lamanya, sehingga ayahnya meninggal
dunia di sana pada tahun 1153.

Setelah tiga belas tahun menegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar di
Haryamla, beliau mengajak pihak Penguasa setempat untuk bertindak
tegas terhadap gerombolan penjahat yang selalu melakukan kerusuhan,
merampas, merampok serta melakukan pembunuhan. Maka gerombolan
tersebut tidak senang kepada Syeikh Muhammad, lalu mereka mengancam
hendak membunuhnya. Syeikh Muhammad terpaksa meninggalkan Haryamla,
berhijrah ke Uyainah tempat ayahnya dan beliau sendiri dilahirkan.

Keadaan Negeri Nejed, Hijaz Dan Sekitarnya

KEADAAN negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan
tauhid amatlah buruknya. Krisis Aqidah dan akhlak serta merosotnya
tata nilai sosial, ekonomi dan politik sudah mencapai titik
kulminasi. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang
berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan
Hijaz adalah termasuk jajahannya, di bawah penguasaan Sultan Muhammad
Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai
Gubenur Jenderal untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang
berkedudukan di Mesir.

Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan
yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang
begitu jauh dari daerah jajahannya. Kekuasaan dan pengendalian
khalifah mahupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat,
sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam
negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya.

Disamping itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk
melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat yang berkedudukan di
Turki. Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat, terutama
penjajah tua yaitu Inggris dan Perancis yang menghasut bangsa Arab
dan umat Islam supaya berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa Turki,
hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum penjajah
tersebut menanamkan pengaruhnya di kawasan itu, kemudian
mencengkeramkan kuku penjajahannya di dalam segala lapangan, seperti
politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.

Kemerosotan dari sektor agama, terutama yang menyangkut aqidah sudah
begitu memuncak. Kebudayaan jahiliyah dahulu seperti taqarrub
(mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan
meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat,
sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan
ibadah-ibadah menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara
kedua. Di mana ada maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri
oleh penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat keperluannya.
Seperti misalnya pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani, dan maqam-
maqam wali lainnya. Hal ini terjadi bukan hanya di tanah Arab saja,
tetapi juga di mana-mana, di seluruh pelosok dunia sehingga suasana
di negeri Islam waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi
jahiliyah seperti pada waktu pra Islam menjelang kebangkitan Nabi
Muhammad SAW.

Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam
keramat dengan segala macam munajat dan tawasul, serta pelbagai doa
dialamatkan kepada maqam dan mayat didalamnya, dibandingkan dengan
mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada Allah
SWT. Demikianlah kebodohan umat Islam hampir merata di seluruh
negeri, sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu
dibina bagaikan bangunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid,
karena dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama biaya
yang diperolehi dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau
memang adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir,
dengan maksud-maksud tertentu. Seperti dari imperalis Inggris yang
berdiri di belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India
misalnya.

Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka Allah melahirkan
seorang Mujadid besar (Pembaharu Besar) Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab (al-Wahabi) dari `Uyainah (Najd) sebagai mujaddid Islam
terbesar abad ke 12 Hijriyah, setelah Ibnu Taimiyah, mujaddid abad ke
7 Hijriyah yang sangat terkenal itu.

Bidang pentajdidan kedua mujaddid besar ini adalah sama, yaitu
mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya berbeda,
yaitu kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama Islam yang sudah
mulai tercemar dengan bid’ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda
Islam dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini Syeikh Muhammad bin
`Abdul Wahab telah menyusun barisan Ahli Tauhid (Muwahhidin) yang
berpegang kepada pemurnian tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini
mereka sebut Wahabiyin yaitu gerakan Wahabiyah.

Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang
dilalui. Kadangkala Syeikh terpaksa melakukan tindakan kekerasan
apabila tidak boleh dengan cara yang lembut. Tujuannya tidak lain
melainkan untuk mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang
sebenarnya, yaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat Islam seperti
yang diajarkan oleh Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Setelah perjuangan yang tidak mengenal lelah itu, akhirnya niat yang
ikhlas itu diterima oleh Allah, sesuai dengan firmanNya: ” Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah nescaya Allah akan
menolongmu dan menetapkan pendirianmu. ” (Muhammad: 7)

Awal Pergerakan Tauhid

Muhammad bin `Abdul Wahab memulakan pergerakan di kampungnya sendiri
yaitu Uyainah. Di waktu itu Uyainah diperintah oleh seorang amir
(penguasa) bernama Amir Uthman bin Mu’ammar. Amir Uthman menyambut
baik idea dan gagasan Syeikh Muhammad itu dengan sangat gembira, dan
beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai
kejayaan.

Selama Syeikh melancarkan dakwahnya di Uyainah, masyarakat negeri itu
semua lelaki dan wanita merasakan kembali kedamaian luar biasa, yang
selama ini belum pernah mereka rasakan. Dakwah Syeikh bergema di
negeri mereka. Ukhuwah Islamiyah dan persaudaraan Islam telah tumbuh
kembali berkat dakwahnya di seluruh pelusuk Uyainah dan sekitarnya.
Orang-orang dari jauh pun mula mengalir berhijrah ke Uyainah, karena
mereka menginginkan keamanan dan ketenteraman jiwa di negeri ini.

Syahdan; pada suatu hari, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab meminta
izin pada Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina
di atas maqam Zaid bin al-Khattab. Zaid bin al-Khattab adalah saudara
kandung Umar bin al-Khattab, Khalifah Rasulullah yang kedua. Syeikh
Muhammad mengemukakan alasannya kepada Amir, bahwa menurut hadith
Rasulullah SAW, membina sesebuah bangunan di atas kubur adalah
dilarang, karena yang demikian itu akan menjurus kepada kemusyrikan.
Amir menjawab: “Silakan… tidak ada seorang pun yang boleh
menghalang rancangan yang mulia ini.”

Tetapi Syeikh mengajukan pendapat bahwa beliau khuatir masalah itu
kelak akan dihalang-halangi oleh ahli jahiliyah(kaum Badwi) yang
tinggal berdekatan maqam tersebut. Lalu Amir menyediakan 600 orang
tentara untuk tujuan tersebut bersama-sama Syeikh Muhammad merobohkan
maqam yang dikeramatkan itu.

Sebenarnya apa yang mereka sebut sebagai maqam Zaid bin al-Khattab
r.a yang gugur sebagai syuhada’ Yamamah ketika menumpaskan gerakan
Nabi Palsu (Musailamah al-Kazzab) di negeri Yamamah suatu waktu dulu,
hanyalah berdasarkan prasangka belaka. Karena di sana terdapat
puluhan syuhada’ (pahlawan) Yamamah yang dikebumikan tanpa jelas lagi
pengenalan mereka.

Bisa saja yang mereka anggap maqam Zaid bin al-Khattab itu adalah
maqam orang lain. Tetapi oleh karena masyarakat setempat di situ
telah terlanjur beranggapan bahwa itulah maqam beliau, mereka pun
mengkeramatkannya dan membina sebuah masjid di tempat itu, yang
kemudian dihancurkan pula oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab atas
bantuan Amir Uyainah, Uthman bin Mu’ammar.

Syeikh Muhammad tidak berhenti sampai disitu, akan tetapi semua maqam-
maqam yang dipandang berbahaya bagi aqidah ketauhidan, yang dibina
seperti masjid yang pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah
Uyainah turut diratakan semuanya. Hal ini adalah untuk mencegah agar
jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat Islam
setempat yang sudah mulai nyata kejahiliahan dalam diri mereka. Dan
berkat rahmat Allah, maka pusat-pusat kemusyrikan di negeri Uyainah
dewasa itu telah terkikis habis sama sekali.

Setelah selesai dari masalah tauhid, maka Syeikh mulai menerangkan
dan mengajarkan hukum-hukum syariat yang sudah berabad-abad hanya
termaktub saja dalam buku-buku fiqh, tetapi tidak pernah diterapkan
sebagai hukum yang diamalkan. Maka yang dilaksanakannya mula-mula
sekali ialah hukum rajam bagi penzina.

Pada suatu hari datanglah seorang wanita yang mengaku dirinya berzina
ke hadapan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab, dia meminta agar dirinya
dijatui hukuman yang sesuai dengan hukum Allah dan RasulNya. Meskipun
Syeikh mengharapkan agar wanita itu menarik balik pengakuannya itu,
supaya ia tidak terkena hukum rajam, namun wanita tersebut tetap
bertahan dengan pengakuannya tadi, ia ingin menjalani hukum rajam.
Maka, terpaksalah Syeikh menjatuhkan kepadanya hukuman rajam atas
dasar pengakuan wanita tersebut.

Berita tentang kejayaan Syeikh dalam memurnikan masyarakat Uyainah
dan penerapan hukum rajam kepada orang yang berzina, sudah tersebar
luas di kalangan masyarakat Uyainah mahupun di luar Uyainah.

Masyarakat Uyainah dan sekelilingnya menilai gerakan Syeikh Ibnu
`Abdul Wahab ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan kebaikan.
Namun, beberapa kalangan tertentu menilai pergerakan Syeikh Muhammad
itu sebagai suatu perkara yang negatif dan membahayakan kedudukan
mereka. Memang, hal ini sama keadaannya dimanapun di saat tersebut,
bahkan pergerakan pembaharuan tersebut dipandang rawan bagi
penentangnya. Hal tersebut seperti halnya untuk mengislamkan
masyarakat Islam yang sudah kembali ke jahiliyah ini, yaitu, dengan
cara mengembalikan mereka kepada Aqidah Salafiyah seperti di zaman
Nabi, para Sahabat dan para Tabi’in dahulu.

Di antara yang menentangnya dakwah tersebut adalah Amir (pihak
berkuasa) wilayah al-Ihsa’ (suku Badwi) dengan para pengikut-
pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman bin Ari’ar al-Khalidi. Mereka
adalah suku Badui yang terkenal berhati keras, suka merampas,
merampok dan membunuh. Pihak berkuasa al-Ihsa’ khuatir kalau
pergerakan Syeikh Muhammad tidak dipatahkan secepat mungkin, sudah
pasti wilayah kekuasaannya nanti akan direbut oleh pergerakan
tersebut. Padahal Amir ini sangat takut dijatuhkan hukum Islam
seperti yang telah diperlakukan di negeri Uyainah. Dan tentunya yang
lebih ditakutinya lagi ialah kehilangan kedudukannya sebagai Amir
(ketua) suku Badui.

Maka Amir Badui ini menulis sepucuk surat kepada Amir Uyainah yang
isinya mengancam pihak berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut
ialah: “Apabila Amir Uthman tetap membiarkan dan mengizinkan Syeikh
Muhammad terus berdakwah dan bertempat tinggal di wilayahnya, serta
tidak mau membunuh Syeikh Muhammad, maka semua pajak dan upeti
wilayah Badui yang selama ini dibayar kepada Amir Uthman akan
diputuskan (ketika itu wilayah Badwi tunduk dibawah kekuasaan
pemerintahan Uyainah).” Jadi, Amir Uthman dipaksa untuk memilih dua
pilihan, membunuh Syeikh atau suku Badui itu menghentikan pembayaran
upeti.

Ancaman ini amat mempengaruhi pikiran Amir Uthman, karena upeti dari
wilayah Badui sangat besar artinya baginya. Adapun upeti tersebut
adalah terdiri dari emas murni.

Didesak oleh tuntutan tersebut, terpaksalah Amir Uyainah memanggil
Syeikh Muhammad untuk diajak berunding bagaimanakah mencari jalan
keluar dari ancaman tersebut. Soalnya, dari pihak Amir Uthman tidak
pernah sedikit pun terfikir untuk mengusir Syeikh Muhammad dari
Uyainah, apalagi untuk membunuhnya. Tetapi, sebaliknya dari pihaknya
juga tidak terdaya menangkis serangan pihak suku Badui itu.

Maka, Amir Uthman meminta kepada Syeikh Muhammad supaya dalam hal ini
demi keselamatan bersama dan untuk menghindari dari terjadinya
pertumpahan darah, sebaiknya Syeikh bersedia mengalah untuk
meninggalkan negeri Uyainah. Syeikh Muhammad menjawab seperti
berikut: “Wahai Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari
dakwahku, tidak lain adalah DINULLAH (agama Allah), dalam rangka
melaksanakan kandungan LA ILAHA ILLALLAH – Tiada Tuhan melainkan
Allah, Muhammad Rasulullah.

Maka barangsiapa berpegang teguh pada agama dan membantu
pengembangannya dengan ikhlas dan yakin, pasti Allah akan mengulurkan
bantuan dan pertolonganNya kepada orang itu, dan Allah akan
membantunya untuk dapat menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya
berharap kepada anda Amir supaya bersabar dan tetap berpegang
terhadap pegangan kita bersama terlebih dahulu, untuk sama-sama
berjuang demi tegaknya kembali Dinullah di negeri ini. Mohon sekali
lagi Amir menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi
pertolongan kepada anda dan menjaga anda dari ancaman Badui itu,
begitu juga dengan musuh-musuh anda yang lainnya. Dan Allah akan
memberi kekuatan kepada anda untuk melawan mereka agar anda dapat
mengambil alih daerah Badui untuk sepenuhnya menjadi daerah Uyainah
di bawah kekuasaan anda.”

Setelah bertukar fikiran di antara Syeikh dan Amir Uthman, tampaknya
pihak Amir tetap pada pendiriannya, yaitu mengharapkan agar Syeikh
meninggalkan Uyainah secepat mungkin.

Dalam bukunya yang berjudul Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab, Wada’
Watahu Wasiratuhu, Syeikh Muhammad bin `Abdul `Aziz bin `Abdullah bin
Baz, beliau berkata: “Demi menghindari pertumpahan darah, dan karena
tidak ada lagi pilihan lain, di samping beberapa pertimbangan lainnya
maka terpaksalah Syeikh meninggalkan negeri Uyainah menuju negeri
Dar’iyah dengan menempuh perjalanan secara berjalan kaki seorang diri
tanpa ditemani oleh seorangpun. Beliau meninggalkan negeri Uyainah
pada waktu dinihari, dan sampai ke negeri Dar’iyah pada waktu malam
hari.” (Ibnu Baz, Syeikh `Abdul `Aziz bin `Abdullah, m.s 22)

Tetapi ada juga tulisan lainnya yang mengatakan bahwa: Pada mulanya
Syeikh Muhammad mendapat dukungan penuh dari pemerintah negeri
Uyainah Amir Uthman bin Mu’ammar, namun setelah api pergerakan
dinyalakan, pemerintah setempat mengundurkan diri dari percaturan
pergerakan karena alasan politik (besar kemungkinan takut dipecat
dari kedudukannya sebagai Amir Uyainah oleh pihak atasannya). Dengan
demikian, tinggallah Syeikh Muhammad dengan beberapa orang sahabatnya
yang setia untuk meneruskan dakwahnya. Dan beberapa hari kemudian,
Syeikh Muhammad diusir keluar dari negeri itu oleh pemerintahnya.

Bersamaan dengan itu, pihak berkuasa telah merencanakan pembunuhan ke
atas diri Syeikh di dalam perjalanannya, namun Allah mempunyai
rencana sendiri untuk menyelamatkan Syeikh dari usaha pembunuhan,
wamakaru wamakarallalu wallahu khairul makirin. Mereka mempunyai
rencana dan Allah mempunyai rencanaNya juga, dan Allah sebaik-baik
pembuat rencana. Sehingga Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab selamat di
perjalanannya sampai ke negeri tujuannya, yaitu negeri Dar’iyah.

Syeikh Muhammad di Dar’iyah

Sesampainya Syeikh Muhammad di sebuah kampung wilayah Dar’iyah, yang
tidak berapa jauh dari tempat kediaman Amir Muhammad bin Saud
(pemerintah negeri Dar’iyah), Syeikh menemui seorang penduduk di
kampung itu, orang tersebut bernama Muhammad bin Sulaim al-`Arini.
Bin Sulaim ini adalah seorang yang dikenal soleh oleh masyarakat
setempat.

Syeikh meminta izin untuk tinggal bermalam di rumahnya sebelum ia
meneruskan perjalanannya ke tempat lain.

Pada mulanya ia ragu-ragu menerima Syeikh di rumahnya, karena suasana
Dar’iyah dan sekelilingnya pada waktu itu tidak tenteram, menyebabkan
setiap tamu yang datang hendaklah melaporkan diri kepada pihak
berkuasa setempat. Namun, setelah Syeikh memperkenalkan dirinya serta
menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke negeri Dar’iyah, yaitu
hendak menyebarkan dakwah Islamiyah dan membenteras kemusyrikan,
barulah Muhammad bin Sulaim ingin menerimanya sebagai tamu di
rumahnya.

Sesuai dengan peraturan yang wujud di Dar’iyah di kala itu, yang mana
setiap tetamu hendaklah melaporkan diri kepada pihak berkuasa
setempat, maka Muhammad bin Sulaim menemui Amir Muhammad untuk
melaporkan tamunya yang baru tiba dari Uyainah dengan menjelaskan
maksud dan tujuannya kepada beliau.

Kononnya, ada riwayat yang mengatakan; bahwa seorang soleh datang
menemui isteri Amir Ibnu Saud, ia berpesan untuk menyampaikan kepada
suaminya, bahwa ada seorang ulama dari Uyainah yang bernama Muhammad
bin `Abdul Wahab hendak menetap di negerinya. Beliau hendak
menyampaikan dakwah Islamiyah dan mengajak masyarakat kepada sebersih-
bersih tauhid. Ia meminta agar isteri Amir Ibnu Saud membujuk
suaminya supaya menerima ulama tersebut agar dapat menjadi warga
negeri Dar’iyah serta mau membantu perjuangannya dalam menegakkan
agama Allah.

Isteri Ibnu Saud ini sebenarnya adalah seorang wanita yang soleh.
Maka, tatkala Ibnu Saud mendapat giliran ke rumah isterinya ini, si
isteri menyampaikan semua pesan-pesan itu kepada suaminya.

Selanjutnya ia berkata kepada suaminya: “Bergembiralah kakanda dengan
keuntungan besar ini, keuntungan di mana Allah telah mengirimkan ke
negeri kita seorang ulama, juru dakwah yang mengajak masyarakat kita
kepada agama Allah, berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah
RasulNya. Inilah suatu keuntungan yang sangat besar. Kanda jangan
ragu-ragu untuk menerima dan membantu perjuangan ulama ini, mari
sekarang juga kekanda menjemputnya kemari.”

Akhirnya, baginda Ibnu Saud dapat diyakinkan oleh isterinya yang
soleh itu. Namun, baginda bimbang sejenak. Ia berfikir apakah Syeikh
itu dipanggil datang menghadapnya, ataukah dia sendiri yang harus
datang menjemput Syeikh, untuk dibawa ke tempat kediamannya? Baginda
pun meminta pandangan dari beberapa penasihatnya, terutama isterinya
sendiri, tentang bagaimanakah cara yang lebih baik harus dilakukannya.

Isterinya dan para penasihatnya yang lain sepakat bahwa sebaik-
baiknya dalam hal ini, baginda sendiri yang harus datang menemui
Syeikh Muhammad di rumah Muhammad bin Sulaim. Karena ulama itu
didatangi dan bukan ia yang datang, al-`alim Yuraru wala Yazuru.’`
Maka baginda dengan segala kerendahan hatinya menyetujui nasihat dan
isyarat dari isteri maupun para penasihatnya.

Maka pergilah baginda bersama beberapa orang pentingnya ke rumah
Muhammad bin Sulaim, di mana Syeikh Muhammad bermalam.

Sesampainya baginda di rumah Muhammad bin Sulaim; di sana Syeikh
bersama anda punya rumah sudah bersedia menerima kedatangan Amir Ibnu
Saud. Amir Ibnu Saud memberi salam dan keduanya saling merendahkan
diri, saling menghormati.

Amir Ibnu Saud berkata: “Ya Syeikh! Bergembiralah anda di negeri
kami, kami menerima dan menyambut kedatangan anda di negeri ini
dengan penuh gembira. Dan kami berikrar untuk menjamin keselamatan
dan keamanan anda Syeikh di negeri ini dalam menyampaikan dakwahnya
kepada masyarakat Dar’iyah. Demi kejayaan dakwah Islamiyah yang anda
Syeikh rencanakan, kami dan seluruh keluarga besar Ibnu Saud akan
mempertaruhkan nyawa dan harta untuk bersama-sama anda Syeikh
berjuang demi meninggikan agama Allah dan menghidupkan sunnah
RasulNya sehingga Allah memenangkan perjuangan ini, Insya Allah!”

Kemudian anda Syeikh menjawab: “Alhamdulillah, anda juga patut
gembira, dan Insya Allah negeri ini akan diberkati Allah SWT. Kami
ingin mengajak umat ini kepada agama Allah. Siapa yang menolong agama
ini, Allah akan menolongnya. Dan siapa yang mendukung agama ini,
nescaya Allah akan mendukungnya. Dan Insya Allah kita akan melihat
kenyataan ini dalam waktu yang tidak begitu lama.”

Demikianlah seorang Amir (penguasa) tunggal negeri Dar’iyah, yang
bukan hanya sekadar membela dakwahnya saja, tetapi juga sekaligus
membela darahnya bagaikan saudara kandung sendiri, yang berarti di
antara Amir dan Syeikh sudah bersumpah setia sehidup-semati, senasib,
dalam menegakkan hukum Allah dan RasulNya di bumi persada tanah
Dar’iyah.

Ternyata apa yang diikrarkan oleh Amir Ibnu Saud itu benar-benar
ditepatinya. Ia bersama Syeikh seiring sejalan, bahu-membahu dalam
menegakkan kalimah Allah, dan berjuang di jalanNya. Sehingga cita-
cita dan perjuangan mereka disampaikan Allah dengan penuh kemenangan
yang gilang-gemilang.

Sejak hijrahnya Tuan Syeikh ke negeri Dar’iyah, kemudian melancarkan
dakwahnya di sana, maka berduyun-duyunlah masyarakat luar Dar’iyah
yang datang dari penjuru Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah,
Urgah, Manfuhah, Riyadh dan negeri-negeri jiran yang lain, menuju
Dar’iyah untuk menetap dan bertempat tinggal di negeri hijrah ini,
sehingga negeri Dar’iyah penuh sesak dengan kaum muhajirin dari
seluruh pelosok tanah Arab.

Nama Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dengan ajaran-ajarannya itu
sudah begitu popular di kalangan masyarakat, baik di dalam negeri
Dar’iyah mahupun di luar negerinya, sehingga ramai para penuntut ilmu
datang berbondong-bondong, secara perseorangan maupun secara
berombongan datang ke negeri Dar’iyah.

Maka menetaplah Syeikh di negeri Hijrah ini dengan penuh kebesaran,
kehormatan dan ketenteraman serta mendapat sokongan dan kecintaan
dari semua pihak. Beliau pun mulai membuka madrasah dengan
menggunakan kurikulum yang menjadi teras bagi rencana perjuangan
beliau, yaitu bidang pengajian ‘Aqaid al-Qur’an, tafsir, fiqh, usul
fiqh, hadith, musthalah hadith, gramatika (nahu/saraf) nya serta lain-
lain lagi dari ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Dalam waktu yang singkat saja, Dar’iyah telah menjadi kiblat ilmu dan
kota pelajar penuntut Islam. Para penuntut ilmu, tua dan muda,
berduyun-duyun datang ke negeri ini. Di samping pendidikan formal
(madrasah), diadakan juga dakwah, yang bersifat terbuka untuk semua
lapisan masyarakat umum, begitu juga majlis-majlis ta’limnya.

Gema dakwah beliau begitu membahana di seluruh pelosok Dar’iyah dan
negeri-negeri jiran yang lain. Kemudian, Syeikh mula menegakkan
jihad, menulis surat-surat dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu
untuk bergabung dengan barisan Muwahhidin yang dipimpin oleh beliau
sendiri. Hal ini dalam rangka pergerakan pembaharuan tauhid demi
membasmi syirik, bid’ah dan khurafat di negeri mereka masing-masing.

Untuk langkah awal pergerakan itu, beliau memulai di negeri Najd.
Beliau pun mula mengirimkan surat-suratnya kepada ulama-ulama dan
penguasa-penguasa di sana.

Berdakwah Melalui Surat-menyurat

Syeikh menempuh pelbagai macam dan cara, dalam menyampaikan
dakwahnya, sesuai dengan keadaan masyarakat yang dihadapinya. Di
samping berdakwah melalui lisan, beliau juga tidak mengabaikan dakwah
secara pena dan pada saatnya juga jika perlu beliau berdakwah dengan
besi (pedang).

Maka Syeikh mengirimkan suratnya kepada ulama-ulama Riyadh dan para
umaranya, yang pada ketika itu adalah Dahkan bin Dawwas. Surat-surat
itu dikirimkannya juga kepada para ulama Khariq dan penguasa-
penguasa, begitu juga ulama-ulama negeri Selatan, seperti al-Qasim,
Hail, al-Wasyim, Sudair dan lain-lainnya.

Beliau terus mengirimkan surat-surat dakwahnya itu ke sleuruh penjuru
Arab, baik yang dekat ataupun jauh. Semua surat-surat itu ditujukan
kepada para umara dan ulama, dalam hal ini termasuklah ulama negeri
al-Ihsa’, daerah Badwi dan Haramain (Mekah – Madinah). Begitu juga
kepada ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, Hindia, Yaman dan lain-lain
lagi. Di dalam surat-surat itu, beliau menjelaskan tentang bahaya
syirik yang mengancam negeri-negeri Islam di seluruh dunia, juga
bahaya bid’ah, khurafat dan tahyul.

Bukanlah bererti bahwa ketika itu tidak ada lagi perhatian para ulama
Islam setempat kepada agama ini, sehingga seolah-olah bagaikan tidak
ada lagi yang memperahtikan masalah agama. Akan tetapi yang sedang
kita bicarakan sekarang adalah masalah negeri Najd dan sekitarnya.

Tentang keadaan negeri Najd, di waktu itu sedang dilanda serba
kemusyrikan, kekacauan, keruntuhan moral, bid’ah dan khurafat.
Kesemuanya itu timbul bukanlah karena tidak adanya para ulama, malah
ulama sangat ramai jumlahnya, tetapi kebanyakan mereka tidak mampu
menghadapi keadaan yang sudah begitu parah. Misalnya, di negeri Yaman
dan lainnya, di mana di sana tidak sedikit para ulamanya yang aktif
melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta menjelaskan mana yang
bid’ah dan yang sunnah. Namun Allah belum mentaqdirkan kejayaan
dakwah itu dari tangan mereka seperti apa yang Allah taqdirkan kepada
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab.

Berkat hubungan surat menyurat Syeikh terhadap para ulama dan umara
dalam dan luar negeri, telah menambahkan kemasyhuran nama Syeikh
sehingga beliau disegani di antara kawan dan lawannya, hingga
jangkauan dakwahnya semakin jauh berkumandang di luar negeri, dan
tidak kecil pengaruhnya di kalangan para ulama dan pemikir Islam di
seluruh dunia, seperti di Hindia, Indonesia, Pakistan, Afthanistan,
Afrika Utara, Maghribi, Mesir, Syria, Iraq dan lain-lain lagi.

Memang cukup banyak para da’i dan ulama di negeri-negeri tersebut
tetapi pada waktu itu kebanyakan di antara mereka yang kehilangan
arah, meskipun mereka memiliki ilmu-ilmu yang cukup memadai.

Begitu semarak dan bergemanya suara dakwah dari Najd ke negeri-negeri
mereka, serentak mereka bangkit sahut-menyahut menerima ajakan Syeikh
Ibnu `Abdul Wahab untuk menumpaskan kemusyrikan dan memperjuangkan
pemurnian tauhid. Semangat mereka timbul kembali bagaikan pohon yang
telah layu, lalu datang hujan lebat menyiramnya sehingga menjadi
hijau dan segar kembali.

Demikianlah banyaknya surat-menyurat di antara Syeikh dengan para
ulama di dalam dan luar Jazirah Arab, sehingga menjadi dokumen yang
amat berharga sekali. Akhir-akhir ini semua tulisan beliau, yang
berupa risalah, maupun kitab-kitabnya, sedang dihimpun untuk dicetak
dan sebagian sudah dicetak dan disebarkan ke seluruh pelosok dunia
Islam, baik melalui Rabithah al-`Alam Islami, maupun terus dari pihak
kerajaan Saudi sendiri ( di masa mendatang). Begitu juga dengan
tulisan-tulisan dari putera-putera dan cucu-cucu beliau serta tulisan-
tulisan para murid-muridnya dan pendukung-pendukung nya yang telah
mewarisi ilmu-ilmu beliau. Di masa kini, tulisan-tulisan beliau sudah
tersebar luas ke seluruh pelosok dunia Islam.

Dengan demikian, jadilah Dar’iyah sebagai pusat penyebaran dakwah
kaum Muwahhidin (gerakan pemurnian tauhid) oleh Syeikh Muhammad bin
`Abdul Wahab yang didukung oleh penguasa Amir Ibnu Saud. Kemudian
murid-murid keluaran Dar’iyah pula menyebarkan ajaran-ajaran tauhid
murni ini ke seluruh pelusuk negeri dengan cara membuka sekolah-
sekolah di daerah-daerah mereka.

Namun, meskipun demikian, perjalanan dakwah ini tidak sedikit
mengalami rintangan dan gangguan yang menghalangi. Tetapi setiap
perjuangan itu tidak mungkin berjaya tanpa adanya pengorbanan.
Sejarah pembaharuan yang digerakkan oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai yang paling hebat dari
jenisnya dan amat cemerlang.

Di samping itu, hal ini merupakan suatu pergerakan perubahan besar
yang banyak memakan korban manusia maupun harta benda. Karena
pergerakan ini mendapat tentangan bukan hanya dari luar, akan tetapi
lebih banyak datangnya dari kalangan sendiri, terutama dari tokoh-
tokoh agama Islam sendiri yang takut akan kehilangan pangkat,
kedudukan, pengaruh dan jamaahnya. Namun, oleh karena perlawanan
sudah juga digencarkan muslimin sendiri, maka orang-orang di luar
Islam pula, terutama kaum orientalis mendapat angin segar untuk turut
campur-tangan membesarkan perselisihan diantara umat Islam sehingga
terjadi saling membid’ahkan dan bahkan saling mengkafirkan.

Masa-masa tersebut telah pun berlalu. Umat Islam kini sudah sedar
tentang apa dan siapa kaum pengikut dakwah Rasulullah yang diteruskan
Muhammad bin Abdul Wahhab (dijuluki Wahabi). Dan satu persatu
kejahatan dan kebusukan kaum orientalis yang sengaja mengadu domba
antara sesama umat Islam semenjak awal, begitu juga dari kaum
penjajah Barat, semuanya kini sudah terungkap.

Meskipun usaha musuh-musuh dakwahnya begitu hebat, sama ada dari
kalangan dalam Islam sendiri, mahupun dari kalangan luarnya, yang
dilancarkan melalui pena atau ucapan, yang ditujukan untuk membendung
dakwah tauhid ini, namun usaha mereka sia-sia belaka, karena ternyata
Allah SWT telah memenangkan perjuangan dakwah tauhid yang dipelopori
oleh Syeikh Islam, Imam Muhammad bin `Abdul Wahab yang telah mendapat
sambutan bukan hanya oleh penduduk negeri Najd saja, akan tetapi juga
sudah menggema ke seluruh dunia Islam dari Maghribi sampai ke
Merauke, malah kini sudah berkumandang pula ke seluruh jagat raya.

Dalam hal ini, jasa-jasa Putera Muhammad bin Saud (pendiri kerajaan
Arab Saudi) dengan semua anak cucunya tidaklah boleh dilupakan begitu
saja, di mana dari masa ke masa mereka telah membantu perjuangan
tauhid ini dengan harta dan jiwa.

Siapakah Salafiyah Itu ?

SEBAGAIMANA yang telah disebutkan, bahwa Salafiyyah itu adalah suatu
pergerakan pembaharuan di bidang agama, khususnya di bidang
ketauhidan. Tujuannya ialah untuk memurnikan kembali ketauhidan yang
telah tercemar oleh pelbagai macam bid’ah dan khurafat yang membawa
kepada kemusyrikan.

Untuk mencapai tujuan tersebut, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
telah menempuh pelbagai macam cara. Kadangkala lembut dan kadangkala
kasar, sesuai dengan sifat orang yang dihadapinya. Beliau mendapat
pertentangan dan perlawanan dari kelompok yang tidak menyenanginya
karena sikapnya yang tegas dan tanpa kompromi, sehingga lawan-
lawannya membuat tuduhan-tuduhan ataupun pelbagai fitnah terhadap
dirinya dan pengikut-pengikutny a.

Musuh-musuhnya pernah menuduh bahwa Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
telah melarang para pengikutnya membaca kitab fiqh, tafsir dan
hadith. Malahan ada yang lebih keji, yaitu menuduh Syeikh Muhammad
telah membakar beberapa kitab tersebut, serta menafsirkan al-Qur’an
menurut kehendak hawa nafsu sendiri.

Apa yang dituduh dan difitnah terhadap Syeikh Ibnu `Abdul Wahab itu,
telah dijawab dengan tegas oleh seorang pengarang terkenal, yaitu al-
Allamah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, dalam bukunya yang
berjudul Shiyanah al-Insan di halaman 473 seperti berikut:

“Sebenarnya tuduhan tersebut telah dijawab sendiri oleh Syeikh Ibnu
`Abdul Wahab sendiri dalam suatu risalah yang ditulisnya dan
dialamatkan kepada `Abdullah bin Suhaim dalam pelbagai masalah yang
diperselisihkan itu. Diantaranya beliau menulis bahwa semua itu
adalah bohong dan kata-kata dusta belaka, seperti dia dituduh
membatalkan kitab-kitab mazhab, dan dia mendakwakan dirinya sebagai
mujtahid, bukan muqallid.”

Kemudian dalam sebuah risalah yang dikirimnya kepada `Abdurrahman bin
`Abdullah, Muhammad bin `Abdul Wahab berkata: “Aqidah dan agama yang
aku anut, ialah mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, sebagai tuntunan yang
dipegang oleh para Imam Muslimin, seperti Imam-imam Mazhab empat dan
pengikut-pengikutny a sampai hari kiamat. Aku hanyalah suka
menjelaskan kepada orang-orang tentang pemurnian agama dan aku larang
mereka berdoa (mohon syafaat) pada orang yang hidup atau orang mati
daripada orang-orang soleh dan lainnya.”

`Abdullah bin Muhammad bin `Abdul Wahab, menulis dalam risalahnya
sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Ibnu
`Abdul Wahab, seperti berikut: “Bahwa mazhab kami dalam Ushuluddin
(Tauhid) adalah mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan cara (sistem)
pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama Salaf. Sedangkan dalam hal
masalah furu’ (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal
rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang
bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Dan kami
tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari
mazhab empat, seprti mazhab Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-
lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang
batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah
satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali
mengaku bahwa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga
tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani
mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang
kalau kami lihat di sana ada nash yang jelas, baik dari Qur’an
mahupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang
menasakhkannya, atau yang mentaskhsiskannya atau yang menentangnya,
lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam
empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami
anut, seperti dalam masalah warisan yang menyangkut dengan kakek dan
saudara lelaki; Dalam hal ini kami berpendirian mendahulukan kakek,
meskipun menyalahi mazhab kami (Hambali).”

Demikianlah bunyi isi tulisan kitab Shiyanah al-Insan, hal. 474.
Seterusnya beliau berkata: “Adapun yang mereka fitnah kepada kami,
sudah tentu dengan maksud untuk menutup-nutupi dan menghalang-halangi
yang hak, dan mereka membohongi orang banyak dengan berkata: `Bahwa
kami suka mentafsirkan Qur’an dengan selera kami, tanpa mengindahkan
kitab-kitab tafsirnya. Dan kami tidak percaya kepada ulama, menghina
Nabi kita Muhammad SAW’ dan dengan perkataan `bahwa jasad Nabi SAW
itu buruk di dalam kuburnya. Dan bahwa tongkat kami ini lebih
bermanfaat daripada Nabi, dan Nabi itu tidak mempunyai syafaat.

Dan ziarah kepada kubur Nabi itu tidak sunat, Nabi tidak mengerti
makna “La ilaha illallah” sehingga perlu diturunkan kepadanya ayat
yang berbunyi: “Fa’lam annahu La ilaha illallah,” dan ayat ini
diturunkan di Madinah. Dituduhnya kami lagi, bahwa kami tidak percaya
kepada pendapat para ulama. Kami telah menghancurkan kitab-kitab
karangan para ulama mazhab, karena didalamnya bercampur antara yang
hak dan batil. Malah kami dianggap mujassimah (menjasmanikan Allah),
serta kami mengkufurkan orang-orang yang hidup sesudah abad keenam,
kecuali yang mengikuti kami. Selain itu kami juga dituduh tidak mahu
menerima bai’ah seseorang sehingga kami menetapkan atasnya `bahwa dia
itu bukan musyrik begitu juga ibu-bapaknya juga bukan musyrik.’

Dikatakan lagi bahwa kami telah melarang manusia membaca selawat ke
atas Nabi SAW dan mengharamkan berziarah ke kubur-kubur. Kemudian
dikatakannya pula, jika seseorang yang mengikuti ajaran agama sesuai
dengan kami, maka orang itu akan diberikan kelonggaran dan kebebasan
dari segala beban dan tanggungan atau hutang sekalipun.

Kami dituduh tidak mahu mengakui kebenaran para ahlul Bait r.a. Dan
kami memaksa menikahkan seseorang yang tidak kufu serta memaksa
seseorang yang tua umurnya dan ia mempunyai isteri yang muda untuk
diceraikannya, karena akan dinikahkan dengan pemuda lainnya untuk
mengangkat derajat golongan kami.

Maka semua tuduhan yang diada-adakan dalam hal ini sungguh kami tidak
mengerti apa yang harus kami katakan sebagai jawapan, kecuali yang
dapat kami katakan hanya “Subhanaka – Maha suci Engkau ya Allah” ini
adalah kebohongan yang besar. Oleh karena itu, maka barangsiapa
menuduh kami dengan hal-hal yang tersebut di atas tadi, mereka telah
melakukan kebohongan yang amat besar terhadap kami. Barangsiapa
mengaku dan menyaksikan bahwa apa yang dituduhkan tadi adalah
perbuatan kami, maka ketahuilah: bahwa kesemuanya itu adalah suatu
penghinaan terhadap kami, yang dicipta oleh musuh-musuh agama ataupun
teman-teman syaithan dari menjauhkan manusia untuk mengikuti ajaran
sebersih-bersih tauhid kepada Allah dan keikhlasan beribadah
kepadaNya.

Kami beri’tiqad bahwa seseorang yang mengerjakan dosa besar, seperti
melakukan pembunuhan terhadap seseorang Muslim tanpa alasan yang
wajar, begitu juga seperti berzina, riba’ dan minum arak, meskipun
berulang-ulang, maka orang itu hukumnya tidaklah keluar dari Islam
(murtad), dan tidak kekal dalam neraka, apabila ia tetap bertauhid
kepada Allah dalam semua ibadahnya.” (Shiyanah al-Insan, m.s 475)

Khusus tentang Nabi Muhammad SAW, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
berkata: “Dan apapun yang kami yakini terhadap martabat Muhammad SAW
bahwa martabat beliau itu adalah setinggi-tinggi martabat makhluk
secara mutlak. Dan Beliau itu hidup di dalam kuburnya dalam keadaan
yang lebih daripada kehidupan para syuhada yang telah digariskan
dalam Al-Qur’an. Karena Beliau itu lebih utama dari mereka, dengan
tidak diragukan lagi. Bahwa Rasulullah SAW mendengar salam orang yang
mengucapkan kepadanya. Dan adalah sunnah berziarah kepada kuburnya,
kecuali jika semata-mata dari jauh hanya datang untuk berziarah ke
maqamnya. Namun Sunat juga berziarah ke masjid Nabi dan melakukan
solat di dalamnya, kemudian berziarah ke maqamnya. Dan barangsiapa
yang menggunakan waktunya yang berharga untuk membaca selawat ke atas
Nabi, selawat yang datang daripada beliau sendiri, maka ia akan
mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.”

Tantangan Dakwah Salafiyyah

Sebagaimana lazimnya, seorang pemimpin besar dalam suatu gerakan
perubahan , maka Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab pun tidak lepas
dari sasaran permusuhan dari pihak-pihak tertentu, baik dari dalam
maupun dari luar Islam, terutama setelah Syeikh menyebarkah dakwahnya
dengan tegas melalui tulisan-tulisannya, berupa buku-buku mahupun
surat-surat yang tidak terkira banyaknya. Surat-surat itu dikirim ke
segenap penjuru negeri Arab dan juga negeri-negeri Ajam (bukan Arab).

Surat-suratnya itu dibalas oleh pihak yang menerimanya, sehingga
menjadi beratus-ratus banyaknya. Mungkin kalau dibukukan niscaya akan
menjadi puluhan jilid tebalnya.

Sebagian dari surat-surat ini sudah dihimpun, diedit serta diberi
ta’liq dan sudah diterbitkan, sebagian lainnya sedang dalam proses
penyusunan. Ini tidak termasuk buku-buku yang sangat berharga yang
sempat ditulis sendiri oleh Syeikh di celah-celah kesibukannya yang
luarbiasa itu. Adapun buku-buku yang sempat ditulisnya itu berupa
buku-buku pegangan dan rujukan kurikulum yang dipakai di madrasah-
madrasah ketika beliau memimpin gerakan tauhidnya.

Tentangan maupun permusuhan yang menghalang dakwahnya, muncul dalam
dua bentuk:
1. Permusuhan atau tentangan atas nama ilmiyah dan agama,
2. Atas nama politik yang berselubung agama.

Bagi yang terakhir, mereka memperalatkan golongan ulama tertentu,
demi mendukung kumpulan mereka untuk memusuhi dakwah Wahabiyah.

Mereka menuduh dan memfitnah Syeikh sebagai orang yang sesat lagi
menyesatkan, sebagai kaum Khawarij, sebagai orang yang ingkar
terhadap ijma’ ulama dan pelbagai macam tuduhan buruk lainnya.

Namun Syeikh menghadapi semuanya itu dengan semangat tinggi, dengan
tenang, sabar dan beliau tetap melancarkan dakwah bil lisan dan bil
hal, tanpa mempedulikan celaan orang yang mencelanya.

Pada hakikatnya ada tiga golongan musuh-musuh dakwah beliau :

1. Golongan ulama khurafat, yang mana mereka melihat yang haq (benar)
itu batil dan yang batil itu haq. Mereka menganggap bahwa mendirikan
bangunan di atas kuburan lalu dijadikan sebagai masjid untuk
bersembahyang dan berdoa di sana dan mempersekutukan Allah dengan
penghuni kubur, meminta bantuan dan meminta syafaat padanya, semua
itu adalah agama dan ibadah. Dan jika ada orang-orang yang melarang
mereka dari perbuatan jahiliyah yang telah menjadi adat tradisi nenek
moyangnya, mereka menganggap bahwa orang itu membenci auliya’ dan
orang-orang soleh, yang bererti musuh mereka yang harus segera
diperangi.

2. Golongan ulama taashub, yang mana mereka tidak banyak tahu tentang
hakikat Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dan hakikat ajarannya.
Mereka hanya taqlid belaka dan percaya saja terhadap berita-berita
negatif mengenai Syeikh yang disampaikan oleh kumpulan pertama di
atas sehingga mereka terjebak dalam perangkap Ashabiyah (kebanggaan
dengan golongannya) yang sempit tanpa mendapat kesempatan untuk
melepaskan diri dari belitan ketaashubannya. Lalu menganggap Syeikh
dan para pengikutnya seperti yang diberitakan, yaitu; anti Auliya’
dan memusuhi orang-orang shaleh serta mengingkari karamah mereka.
Mereka mencaci-maki Syeikh habis-habisan dan beliau dituduh sebagai
murtad.

3. Golongan yang takut kehilangan pangkat dan jawatan, pengaruh dan
kedudukan. Maka golongan ini memusuhi beliau supaya dakwah Islamiyah
yang dilancarkan oleh Syeikh yang berpandukan kepada aqidah Salafiyah
murni gagal karena ditelan oleh suasana hingar-bingarnya penentang
beliau.

Demikianlah tiga jenis musuh yang lahir di tengah-tengah nyalanya api
gerakan yang digerakkan oleh Syeikh dari Najd ini, yang mana akhirnya
terjadilah perang perdebatan dan polemik yang berkepanjangan di
antara Syeikh di satu pihak dan lawannya di pihak yang lain. Syeikh
menulis surat-surat dakwahnya kepada mereka, dan mereka menjawabnya.
Demikianlah seterusnya.

Perang pena yang terus menerus berlangsung itu, bukan hanya terjadi
di masa hayat Syeikh sendiri, akan tetapi berterusan sampai kepada
anak cucunya. Di mana anak cucunya ini juga ditakdirkan Allah menjadi
ulama.

Merekalah yang meneruskan perjuangan al-maghfurlah Syeikh Muhammad
bin `Abdul Wahab, yang dibantu oleh para muridnya dan pendukung-
pendukung ajarannya. Demikianlah perjuangan Syeikh yang berawal
dengan lisan, lalu dengan pena dan seterusnya dengan senjata, telah
didukung sepenuhnya oleh Amir Muhammad bin Saud, penguasa Dar’iyah.

Beliau pertama kali yang mengumandangkan jihadnya dengan pedang pada
tahun 1158 H. Sebagaimana kita ketahui bahwa seorang da’i ilallah,
apabila tidak didukung oleh kekuatan yang mantap, pasti dakwahnya
akan surut, meskipun pada tahap pertama mengalami kemajuan. Namun
pada akhirnya orang akan jemu dan secara beransur-ansur dakwah itu
akan ditinggalkan oleh para pendukungnya.

Oleh karena itu, maka kekuatan yang paling ampuh untuk mempertahankan
dakwah dan pendukungnya, tidak lain harus didukung oleh senjata.
Karena masyarakat yang dijadikan sebagai objek daripada dakwah
kadangkala tidak mampan dengan lisan mahupun tulisan, akan tetapi
mereka harus diiring dengan senjata, maka waktu itulah perlunya
memainkan peranan senjata.

Alangkah benarnya firman Allah SWT: ” Sesungguhnya Kami telah
mengutus Rasul-rasul Kami, dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan
telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan Mizan/neraca
(keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami
ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai
manfaat bagi umat manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang
menolong (agama)Nya dan RasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa.” (al-Hadid:25)

Ayat di atas menerangkan bahwa Allah SWT mengutus para RasulNya
dengan disertai bukti-bukti yang nyata untuk menumpaskan kebatilan
dan menegakkan kebenaran. Di samping itu pula, mereka dibekalkan
dengan Kitab yang di dalamnya terdapat pelbagai macam hukum dan
undang-undang, keterangan dan penjelasan. Juga Allah menciptakan
neraca (mizan) keadilan, baik dan buruk serta haq dan batil, demi
tertegaknya kebenaran dan keadilan di tengah-tengah umat manusia.

Namun semua itu tidak mungkin berjalan dengan lancar dan stabil tanpa
ditunjang oleh kekuatan besi (senjata) yang menurut keterangan al-
Qur’an al-Hadid fihi basun syadid yaitu, besi baja yang mempunyai
kekuatan dahsyat. yaitu berupa senjata tajam, senjata api, peluru,
senapan, meriam, kapal perang, nuklir dan lain-lain lagi, yang
pembuatannya mesti menggunakan unsur besi.

Sungguh besi itu amat besar manfaatnya bagi kepentingan umat manusia
yang mana al-Qur’an menyatakan dengan Wama nafiu linasi yaitu dan
banyak manfaatnya bagi umat manusia. Apatah lagi jika dipergunakan
bagi kepentingan dakwah dan menegakkan keadilan dan kebenaran seperti
yang telah dimanfaatkan oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab semasa
gerakan tauhidnya tiga abad yang lalu.

Orang yang mempunyai akal yang sehat dan fikiran yang bersih akan
mudah menerima ajaran-ajaran agama, sama ada yang dibawa oleh Nabi,
mahupun oleh para ulama. Akan tetapi bagi orang zalim dan suka
melakukan kejahatan, yang diperhambakan oleh hawa nafsunya, mereka
tidak akan tunduk dan tidak akan mau menerimanya, melainkan jika
mereka diiring dengan senjata.

Demikianlah Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dalam dakwah dan
jihadnya telah memanfaatkan lisan, pena serta pedangnya seperti yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri, di waktu baginda mengajak kaum
Quraisy kepada agama Islam pada waktu dahulu. Yang demikian itu telah
dilakukan terus menerus oleh Syeikh Muhammad selama lebih kurang 48
tahun tanpa berhenti, yaitu dari tahun 1158 hinggalah akhir hayatnya
pada tahun 1206 H.

Adalah suatu kebahagiaan yang tidak terucapkan bagi beliau, yang mana
beliau dapat menyaksikan sendiri akan kejayaan dakwahnya di tanah
Najd dan daerah sekelilingnya, sehingga masyarakat Islam pada ketika
itu telah kembali kepada ajaran agama yang sebenar-benarnya, sesuai
dengan tuntunan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Dengan demikian, maka maqam-maqam yang didirikan dengan kubah yang
lebih mewah dari kubah masjid-masjid, sudah tidak kelihatan lagi di
seluruh negeri Najd, dan orang ramai mula berduyun-duyun pergi
memenuhi masjid untuk bersembahyang dan mempelajari ilmu agama. Amar
ma’ruf ditegakkan, keamanan dan ketenteraman masyarakat menjadi
stabil dan merata di kota mahupun di desa. Syeikh kemudian mengirim
guru-guru agama dan mursyid-mursyid ke seluruh pelusuk desa untuk
mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat setempat terutama yang
berhubungan dengan aqidah dan syari’ah.

Setelah beliau meninggal dunia, perjuangan tersebut diteruskan pula
oleh anak-anak dan cucu-cucunya, begitu juga oleh murid-murid dan
pendukung-pendukung dakwahnya. Yang dipelopori oleh anak-anak Syeikh
sendiri, seperti Syeikh Imam `Abdullah bin Muhammad, Syeikh Husin bin
Muhammad, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, Syeikh Ali bin Muhammad. Dan
dari cucu-cucunya antara lain ialah Syeikh `Abdurrahman bin Hasan,
Syeikh Ali bin Husin, Syeikh Sulaiman bin `Abdullah bin Muhammad dan
lain-lain. Dari kalangan murid-murid beliau yang paling menonjol
ialah Syeikh Hamad bin Nasir bin Mu’ammar dan ramai lagi jamaah
lainnya dari para ulama Dar’iyah.

Masjid-masjid telah penuh dengan penuntut-penuntut ilmu yang belajar
tentang pelbagai macam ilmu Islam, terutama tafsir, hadith, tarikh
Islam, ilmu qawa’id dan lain-lain lagi. Meskipun kecenderungan dan
minat mansyarakat demikian tinggi untuk menuntut ilmu agama, namun
mereka pun tidak ketinggalan dalam hal ilmu-ilmu keduniaan seperti
ilmu ekonomi, pertanian, perdagangan, pertukangan dan lain-lain lagi
yang mana semuanya itu diajarkan di masjid dan dipraktikkan dalam
kehidupan mereka sehari-hari.

Setelah kejayaan Syeikh Muhammad bersama keluarga Amir Ibnu Saud
menguasai daerah Najd, maka sasaran dakwahnya kini ditujukan ke
negeri Mekah dan negeri Madinah (Haramain) dan daerah Selatan Jazirah
Arab. Mula-mula Syeikh menawarkan kepada mereka dakwahnya melalui
surat menyurat terhadap para ulamanya, namun mereka tidak mau
menerimanya.

Mereka tetap bertahan pada ajaran-ajaran nenek moyang yang
mengkeramatkan kuburan dan mendirikan masjid di atasnya, lalu
berduyun-duyun datang ke tempat itu meminta syafaat, meminta berkat,
dan meminta agar dikabulkan hajat pada ahli kubur atau dengan
mempersekutukan si penghuni kubur itu dengan Allah SWT.

Sebelas tahun setelah meninggalnya kedua tokoh mujahid ini, yaitu
Syeikh dan Amir Ibnu Saud, kemudian tampillah Imam Saud bin `Abdul
`Aziz untuk meneruskan perjuangan pendahulunya. Imam Saud adalah cucu
kepada Amir Muhammad bin Saud, rekan seperjuangan Syeikh semasa
beliau masih hidup.

Berangkatlah Imam Saud bin `Abdul `Aziz menuju tanah Haram Mekah dan
Madinah (Haramain) yang dikenal juga dengan nama tanah Hijaz.

Mula-mula beliau bersama pasukannya berjaya menduduki Tha’if.
Penaklukan Tha’if tidak begitu banyak mengalami kesukaran karena
sebelumnya Imam Saud bin `Abdul `Aziz telah mengirimkan Amir Uthman
bin `Abdurrahman al-Mudhayifi dengan membawa pasukannya dalam jumlah
yang besar untuk mengepung Tha’if. Pasukan ini terdiri dari orang-
orang Najd dan daerah sekitarnya. Oleh karena itu Ibnu `Abdul `Aziz
tidak mengalami banyak kerugian dalam penaklukan negeri Tha’if,
sehingga dalam waktu singkat negeri Tha’if menyerah dan jatuh ke
tangan Salafy (pengikut Syaikh Muhammad).

Di Tha’if, pasukan muwahidin membongkar beberapa maqam yang di
atasnya didirikan masjid, di antara maqam yang dibongkar adalah maqam
Ibnu Abbas r.a. Masyarakat setempat menjadikan maqam ini sebagai
tempat ibadah, dan meminta syafaat serta berkat daripadanya.

Dari Tha’if pasukan Imam Saud bergerak menuju Hijaz dan mengepung
kota Mekah. Manakala Gubernur Mekah mengetahui sebab pengepungan
tersebut (waktu itu Mekah di bawah pimpinan Syarif Husin), maka hanya
ada dua pilihan baginya, menyerah kepada pasukan Imam Saud atau
melarikan diri ke negeri lain. Ia memilih pilihan kedua, yaitu
melarikan diri ke Jeddah. Kemudian, pasukan Saud segera masuk ke kota
Mekah untuk kemudian menguasainya tanpa perlawanan sedikit pun.

Tepat pada waktu fajar, Muharram 1218 H, kota suci Mekah sudah berada
di bawah kekuasaan muwahidin sepenuhnya. Seperti biasa, pasukan
muwahidin sentiasa mengutamakan sasarannya untuk menghancurkan patung-
patung yang dibuat dalam bentuk kubah di perkuburan yang dianggap
keramat, yang semuanya itu boleh mengundang kemusyrikan bagi kaum
Muslimin.Maka semua lambang-lambang kemusyrikan yang didirikan di
atas kuburan yang berbentuk kubah-kubah masjid di seluruh Hijaz,
semuanya diratakan, termasuk kubah yang didirikan di atas kubur
Khadijah r.a, isteri pertama Nabi kita Muhammad SAW.

Bersamaan dengan itu mereka melantik sejumlah guru, da’i, mursyid
serta hakim untuk ditugaskan di daerah Hijaz. Selang dua tahun
setelah penaklukan Mekah, pasukan Imam Saud bergerak menuju Madinah.
Seperti halnya di Mekah, Madinah pun dalam waktu yang singkat saja
telah dapat dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Muwahhidin di bawah
panglima Putera Saud bin Abdul Aziz, peristiwa ini berlaku pada tahun
1220 H.

Dengan demikian, daerah Haramain (Mekah – Madinah) telah jatuh ke
tangan muwahidin. Dan sejak itulah status sosial dan ekonomi
masyarakat Hijaz secara berangsur-angsur dapat dipulihkan kembali,
sehingga semua lapisan masyarakat merasa aman, tenteram dan tertib,
yang selama ini sangat mereka inginkan.

Walaupun sebagai sebuah daerah yang ditaklukan, keluarga Saud
tidaklah memperlakukan rakyat dengan sesuka hati. Keluarga Saud
sangat baik terhadap rakyat terutama pada kalangan fakir miskin yang
mana pihak kerajaan memberi perhatian yang berat terhadap nasib
mereka. Dan tetaplah kawasan Hijaz berada di bawah kekuasaan
muwahidin (Saudi) yang dipimpin oleh keluarga Saud sehingga pada
tahun 1226 H.

Setelah delapan tahun wilayah ini berada di bawah kekuasaan Imam
Saud, pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki, mengirimkan
pasukannya untuk membebaskan tanah Hijaz, terutama Mekah dan Madinah
dari tangan muwahidin sekaligus hendak mengusir mereka keluar dari
daerah tersebut.

Adapun sebab campurtangan pemerintah Mesir dan Turki itu adalah
seperti yang telah dikemukakan pada bahagian yang lalu, yaitu karena
pergerakan muwahidin mendapat banyak tantangan dari pihak musuh-
musuhnya, bahkan musuh dari pihak dalam Islam sendiri apalagi dari
luar Islam, yang bertujuan sama yaitu untuk mematikan dan memadamkan
api gerakan dakwah Salafiyyah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Oleh karena musuh-musuh gerakan Salafiyyah tidak mempunyai kekuatan
yang memadai untuk menentang pergerakan Wahabiyah, maka mereka
menghasut pemerintah Mesir dan Turki dengan menggunakan nama agama,
seperti yang telah diterangkan pada kisah yang lalu. Akhirnya pasukan
Mesir dan Turki menyerbu ke negeri Hijaz untuk membebaskan kedua kota
suci Mekah dan Madinah dari cengkaman kaum muwahiddin, sehingga
terjadilah peperangan di antara Mesir bersama sekutunya Turki di satu
pihak melawan pasukan muwahidin dari Najd dan Hijaz di pihak lain.
Peperangan ini telah berlangsung selama tujuh tahun, yaitu dari tahun
1226 hingga 1234 H.

Dalam masa perang tujuh tahun itu tidak sedikit kerugian yang dialami
oleh kedua belah pihak, terutama dari pihak pasukan Najd dan Hijaz,
selain kerugian harta benda, tidak sedikit pula kerugian nyawa dan
korban manusia. Tetapi syukur alhamdulillah, setelah lima tahun
berlangsung perang saudara di antara Mesir-Turki dan Wahabi, pihak
Mesir maupun Turki sudah mulai jemu dan bosan menghadapi peperangan
yang berkepanjangan itu. Akhirnya, secara perlahan-lahan mereka sedar
bahwa mereka telah keliru, sekaligus mereka menyadari bahwa
sesungguhnya gerakan Wahabi tidak lain adalah sebuah gerakan Aqidah
murni dan patut ditunjang serta didukung oleh seluruh umat Islam.

Dalam dua tahun terakhir menjelang selesainya peperangan, secara diam-
diam gerakan muwahidin terus melakukan gerakan dakwah dan mencetak
kader-kadernya demi penerusan gerakan aqidah di masa-masa akan
datang. Berakhirnya peperangan yang telah memakan waktu tujuh tahun
tersebut, membikin dakwah Salafiyyah mulai lancar kembali seperti
biasa.

Semua kekacauan di tanah Hijaz boleh dikatakan berakhir pada tahun
1239 H. Begitu juga dakwah Salafiyyah telah tersebar secara meluas
dan merata ke seluruh pelusuk Najd dan sekitarnya, di bawah
kepemimpinan Imam Turki bin `Abdullah bin Muhammad bin Saud, adik
sepupu Amir Saud bin `Abdul `Aziz yang disebutkan dahulu.

Semenjak kekuasaan dipegang oleh Amir Turki bin `Abdullah, suasana
Najd dan sekitarnya berangsur-angsur pulih kembali, sehingga
memungkinkan bagi keluarga Saud (al-Saud) bersama keluarga Syeikh
Muhammad (al-Syeikh) untuk melancarkan kembali dakwah mereka dengan
lisan dan tulisan melalui juru-juru dakwah, para ulama serta para
Khutaba.

Suasana yang sebelumnya penuh dengan huru-hara dan saling berperang,
kini telah berubah menjadi suasana yang penuh aman dan damai
menyebabkan syiar Islam kelihatan di mana-mana di seluruh tanah
Hijaz, Najd dan sekitarnya. Sedangkan syi’ar kemusyrikan sudah hancur
diratakan dengan tanah. Ibadah hanya kepada Allah, tidak lagi ke
perkuburan dan makhluk-makhluk lainnya. Masjid mulai kelihatan
semarak dan lebih banyak dikunjungi oleh umat Islam, dibanding ke
maqam-maqam yang dianggap keramat seperti sebelumnya.

Khususnya daerah Hijaz dengan kota Mekah dan Madinah, begitu lama
terputus hubungan dengan Kerajaan (daulah) Saudiyah, yaitu semenjak
perlanggaran Mesir dan sekutunya pada tahun 1226 -1342, yang bererti
lebih kurang seratus duapuluh tujuh tahun wilayah Hijaz terlepas dari
tangan dinasti Saudiyah. Dan barulah kembali ke tangan mereka pada
tahun 1343 H, yaitu di saat daulah Saudiyah dipimpin oleh Imam `Abdul
`Aziz bin `Abdurrahman bin Faisal bin Turki bin `Abdullah bin
Muhammad bin Saud, cucu keempat dari pendiri dinasti Saudiyah, Amir
Muhammad bin Saud al-Awal.

Menurut sejarah, setelah Mekah – Madinah kembali ke pangkuan Arab
Saudi pada tahun 1343, hubungan Saudi – Mesir tetap tidak begitu baik
yang mana tidak ada hubungan diplomatik di antara kedua negara
tersebut, meskipun kedua bangsa itu tetap terjalin ukhuwah Islamiyah.
Namun setelah Raja Faisal menaiki tahta menjadi ketua negara Saudi,
hubungan Saudi – Mesir disambung kembali hingga kini.

Wafatnya

Muhammad bin `Abdul Wahab telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun
lebih di Dar’iyah. Keseluruhan hidupnya diisi dengan kegiatan
menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad serta mengabdi sebagai
menteri penerangan Kerajaan Saudi di Tanah Arab.

Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai 92 tahun, sehingga beliau
dapat menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan pendukung-
pendukungnya. Semuanya itu adalah berkat pertolongan Allah dan berkat
dakwah dan jihadnya yang gigih dan tidak kenal menyerah waktu itu.

Kemudian, setelah puas melihat hasil kemenangannya di seluruh negeri
Dar’iyah dan sekitarnya, dengan hati yang tenang, perasaan yang lega,
Muhammad bin `Abdul Wahab menghadap Tuhannya. Beliau kembali ke
Rahmatullah pada tanggal 29 Syawal 1206 H, bersamaan dengan tahun
1793 M, dalam usia 92 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Dar’iyah
(Najd). Semoga Allah melapangkan kuburnya, dan menerima segala amal
solehnya serta mendapatkan tempat yang layak di sisi Allah Subhanahu Wa`ta`ala. Amin.

sumber :  http://shyi-ma.blog.friendster.com/.sejarah-terbentuknya-kerajaan-arabsaudi/

Satu tanggapan »

  1. WAHABI KOK DIANGGAP BERJASA DAN BERJAYA?1
    JUSTRU WAHABI ADALAH ANTEK YAHUDI DAN BUDAK AMERIKA !
    NEGARA INI DIDIRIKAN MELALUI KUDETA BERDARAH DENGAN DIBANTU INGGRIS. IBNU SAUD TAK UBAHNYA SEPERTI PENJILAT.
    LIHATLAH MAKKAH KINI SUDAH SEPERTI LAS VEGAS, PENINGGALAN-PENINGGALAN SEJARAH MASA ROSULULLAH DIBONGKAR DAN DIGANTI GEDUNG2 AKTIFITAS KAPITALIS. BAHKAN DENGAN DALIL BID’AH, MEREKA MERATAKAN MAKAM-MAKAM PAHLAWAN ISLAM. LEBIH PARAH LAGI, ARAB SAUDI TIDAK MAU TAHU DG APA YG TERJADI DG PALESTINA.

    Suka

  2. setuju mas veri
    buat yg punya blog ini, kalau nulis itu jangan ngawur.. biar jelas, sertakan referensi yang jelas, dari buku apa, dari kitab apa, atau dari narasumber siapa..
    baca buku-buku sejarah yang bener, situ kn bukan sejarawan, atau banyak ngobrol dg para ulama, para kiyai, ahli tasawwuf.. biar tidak dikit-dikit bidah, dikit-dikit khurafat.. ah wahabi memang tidak sebijak ahlussunnah wal jamaah, bisanya cuma nyalah-nyalahin ajaran orang, bisanya cuma bisa niru ARABISASI, padahal negara SAUDI ARABIA itu kn budaknya Yahudi,bahkan didirikAn atas bantuan Inggris !!

    Suka

  3. Wawan Akri berkata:

    ferry dan agung adalah para penyembah kubur yang senantiasa dituntun oleh syaiton

    Suka

  4. […] Sejarah terbentuknya kerajaan arab saudi | feehas's blog […]

    Suka

Tinggalkan komentar